Thursday, October 9, 2008 'Sekolah Rendahku, satu memori yang tidak akan aku lupakan'Saya tidak boleh melupakan kenangan manis saya semasa bersekolah di Sekolah Rendah Dazhong. Semasa saya berumur 7 tahun , saya takut sekali hendak ke sekolah. Sekolah ini sangat besar. Walaupun kawan baik saya semuanya ke Sekolah Rendah Lian Hua , saya tidak berasa sepi kerana di situlah saya bertemu dengan Afiqah Syahirah. Dia adalah jiran dan kawan baik saya. Saya bertemu dengan Nurdiyana pada darjah dua. Mula-mulanya , dia tidak bercakap dengan saya kerana dia adalah budak baharu di sekolah itu. Dia sangat baik dan pendiam. Kemudian kami mula bercakap semasa di kelas Bahasa Melayu. Kami sangat erat! Kami seperti isi dan kuku.. Kami tidak boleh dipisahkan. Guru-guru di sekolah ini juga baik hati. Saya dan Nurdiyana berkawan selama 5 tahun!! Saya dan Afiqah mula menjauh. Tetapi , di darjah 5 , kami mula mendekat lagi. Kami bertiga berkawan hingga sekarang. Kalau ada masalah , kami bertiga akan menyelesaikan masalah itu bersama.
Kami bertiga ingin ke sekolah menengah yang sama. Kami tidak ingin berpisah. Persahabatan kami sangat kuat hingga saya menganggap mereka sebagai saudara saya. Kami akan membeli-belah bersama , belajar bersama dan banyak lagi la.. 'They are the best in the world'!! Kenangan pahit yang sangat menyedihkan ialah semasa persahabatan kami hampir terputus. Kami berasa sangat geram terhadap satu sama lain. Kami mula bergaduh. Saya berasa sangat sedih. Saya rasa kami seperti budak kecil yang selalu bergaduh kerana hal yang kecil. Kami semua meminta maaf terhadap satu sama lain dan berjanji tidak akan bergaduh lagi..
Itu lah memori yang tidak boleh saya lupakan!
Wednesday, July 16, 2008 Keluarga Saya..Ah.. Keluarga kesayangan saya!Sungguh menarik..Hendak tau tentang keluarga saya???Nak? Tk bolah lah..Haha bergurau sahaja..
Saya mempunyai keluarga yang sangat menyayangi saya!! Mereka sungguh memahami saya.. Saya tinggal bersama nenek dan datuk saya.. Sekolah pun berdekatan dengan rumah nenek saya.. Pada hari Sabtu dan Ahad saya akan ke rumah ibu saya.. Rumah makcik saya berdekatan dengan rumah ibu saya.. Saya akan mengajak adik saudara saya ke rumah dan kami akan ke kolam renang!!
Disini Sahaja.. Jumpa lagi!!
Salam Sayang: Emilia
NeGeRi KeGeMaRaN SaYaHmm.. Negeri kegemaran saya ya? Kalau hendak tahu negeri kegemaran saya bacalah.. Jangan lari tau! Negeri kegemaran saya ialah.. * Spain * Germany Saya memilih negeri Spain kerana.. Saya diberitahu olah ibu saya bahawa negeri Spain sangat indah dan aman.. Saya juga memilih negeri Germany kerana ibu saya pernah ke sana.. Dia ke sana bersama bapak saya.. Nenek saya juga tinggal di situ! Negerinya juga aman dan indah! Disini sahajalah! Salam Sayang: Emilia
Wednesday, July 9, 2008 CiTa-CiTa Ku..Hmm.. Saya mempunyai banyak cita-cita!! Tapi.. Saya tidak tahu hendak pilih yang mana lah.. Kamu ada cita-cita??? Kalau hendak tahu cita-cita saya,bacalah..
Cita-cita Saya ialah.. * Menjadi seorang guru
Saya hendak menjadi seorang guru kerana saya suka sangat bermain dengan kanak-kanak kecil. Ibu saya juga pernah menjadi seorang guru.. Dia pernah mengajar di 'PAP' dan 'Chatsworth International Kindergarten' Saya ingin menjadi seperti ibu saya!!
Disini Sahaja Salam Sayang: Emilia
Wednesday, July 2, 2008 MuZiK KeGeMaRaN SaYaSaya suka akan lagu-lagu Inggeris dan lagu-lagu Melayu. Saya suka akan lagu yang sesuai untuk saya.. Penyanyi yang saya paling suka ialah Rossa!!
Lagu-lagu Rossa yang saya suka ialah..
* Aatas Nama Cinta * Terlalu Cinta dan * Ayat-ayat Cinta Rossa seorang penyanyi yang sangat cantik! Suaranya juga lembut..
Di Sini Sahaja.. salam sayang: Emilia
Thursday, June 26, 2008 SuKaN KeGeMaRaN sAyA
Helo Semua!!! Emilia di sini.. Hmm.. Sukan kegemaran saya ialah...
* Badminton dan * Bola keranjang
Saya suka bermain badminton kerana ia sukan yang sangat menarik.. Saya diajari oleh datuk saya.. Datuk saya juga suka bermain badminton.. Apabila saya dan keluarga saya ada masa lapang, Kami akan bermain badminton di gelanggan badminton.
Saya juga suka bermain bola keranjang.. Saya dan kawan saya Nurdiyana dan Afiqah sering bermain badminton di sekolah.. ♥♥♥
Di sini sahaja..
Salam sayang: Emilia
Warna Kegemaran SayaWarna kegemaran saya ialah...
* Ungu * Hitam
* Merah jambu
* Biru * Merah
Warna-warna yang saya pilih ini semuanya cantik!!
♥ Warna yang saya paling suka ialah.. Ungu!!!
Saya memilih warna ungu kerana ia sangat manis.. Ia warna yang paling menarik bagi saya..
♥♥♥♥
* Tentang Saya *
Nama: Emilia
Umur: 12
* Kawan-Kawan Saya *
*Afiqah
*Diyana
* Suka *
* Saya Hendak.. *
*I-pod
*Telefone bimbit baru
*Jam Baru
* etc *
|