Thursday, October 9, 2008 'Sekolah Rendahku, satu memori yang tidak akan aku lupakan'Saya tidak boleh melupakan kenangan manis saya semasa bersekolah di Sekolah Rendah Dazhong. Semasa saya berumur 7 tahun , saya takut sekali hendak ke sekolah. Sekolah ini sangat besar. Walaupun kawan baik saya semuanya ke Sekolah Rendah Lian Hua , saya tidak berasa sepi kerana di situlah saya bertemu dengan Afiqah Syahirah. Dia adalah jiran dan kawan baik saya. Saya bertemu dengan Nurdiyana pada darjah dua. Mula-mulanya , dia tidak bercakap dengan saya kerana dia adalah budak baharu di sekolah itu. Dia sangat baik dan pendiam. Kemudian kami mula bercakap semasa di kelas Bahasa Melayu. Kami sangat erat! Kami seperti isi dan kuku.. Kami tidak boleh dipisahkan. Guru-guru di sekolah ini juga baik hati. Saya dan Nurdiyana berkawan selama 5 tahun!! Saya dan Afiqah mula menjauh. Tetapi , di darjah 5 , kami mula mendekat lagi. Kami bertiga berkawan hingga sekarang. Kalau ada masalah , kami bertiga akan menyelesaikan masalah itu bersama.
Kami bertiga ingin ke sekolah menengah yang sama. Kami tidak ingin berpisah. Persahabatan kami sangat kuat hingga saya menganggap mereka sebagai saudara saya. Kami akan membeli-belah bersama , belajar bersama dan banyak lagi la.. 'They are the best in the world'!! Kenangan pahit yang sangat menyedihkan ialah semasa persahabatan kami hampir terputus. Kami berasa sangat geram terhadap satu sama lain. Kami mula bergaduh. Saya berasa sangat sedih. Saya rasa kami seperti budak kecil yang selalu bergaduh kerana hal yang kecil. Kami semua meminta maaf terhadap satu sama lain dan berjanji tidak akan bergaduh lagi..
Itu lah memori yang tidak boleh saya lupakan!
* Tentang Saya *
Nama: Emilia
Umur: 12
* Kawan-Kawan Saya *
*Afiqah
*Diyana
* Suka *
* Saya Hendak.. *
*I-pod
*Telefone bimbit baru
*Jam Baru
* etc *
|
0 Comments:
Post a Comment
<< Home